Jumaat, 24 Mei 2019

Al - Andalus : Streets in Porto

17 November 2018

Assalamualaikum dan Ola!

Kami sebenarnya tak ada itinerary sangat dekat sini. Memang plan jalan-jalan buat town trail saja dekat Porto ni. Makanya lepas setel area kawasan gereja tiles biru tu, ikut saja kaki melangkah ke mana.


Katanya ini dulu bangunan Hospital

Sclupture yang ada dekat salah satu taman yang kaki lalu

Tiada kepastian apa bangunan ini

Lorong macam ni banyak dekat Porto







Lepas tu sampai balik dekat Sungai Douro. Singgah kejap minum-minum tepi sungai ini. Esok dah tak boleh buat dah

Bangunan ni dulu market. Skang ni jadi tempat orang buat konsert kot. Sebab ada pentas, lepas tu kiri kanan dinding penuh gambar penyanyi sedang beraksi

Jom kita explore lagi apa yang menarik dekat Porto ni


Dekat sini ada beberapa kedai makanan halal. Kami singgah makan dekat salah satu kedai orang Bangladesh. Sedap la jugak nasi dia masak. Boleh la melepaskan rindu.



Eh, Hello lembu Ale-hop!

Sebenarnya banyak bangunan dekat Porto yang kemasan macam ni

Berbeza dengan kemasan bangunan ni, macam-macam jenis bahan dia ada

Sampai sudah Town Hall yang dekat square pagi tadi

Wajib la ambik gambar bukti autumn di Porto

Sampai sini ada ahli  jemaah nampak signboard Hardrock Cafe, haaa jom lah masuk kejap tengok apa yang boleh dibeli dekat kawan yang pesan. Gambar ni dari pintu masuk HRC Porto

Bersandar dengan penuh gaya

Batu bersurat bercorak

Then sebelum balik apartment magrib tu, sempat la kami masuk lagi kedai buah untuk beli bekal esok dalam train. Sedap semalam dah belikan, so hari ni yakin sket nak beli tambah.

0 comments: