Jumaat, 14 Jun 2019

Al - Andalus 2018 : Itinerari Kembara Spain (Andalusia) dan Portugal

Assalamualaikum and Hola, Ola!

Habis sudah kisah pengalaman kami sepanjang berkelana dibumi Iberia pada bulan November 2018 yang lalu selama 19 hari. Jadi macam biasa post ini adalah post untuk buat rangkuman itinerary kami untuk rujukan dan panduan semua yang sudi membaca dan yang rajin membuat persediaan untuk travel. 

Bersama semua ahli jemaah pengembaraan kali ini di bandar Porto, Portugal


Post rujukan untuk kaedah pengangkutan dan penginapan boleh rujuk disini :

Hari perjalanan menuju ke bumi Eropah (2 November 2018) dan kisah transit di Amsterdam (3 November 2018)

Pembelian tiket tram dipagi hari Amsterdam


Pembelian kentang sedap panas di pasar Amsterdam

13 jam 5 minit mereput dalam flight. Lama dah tak naik flight lama-lama ni. Selalu transit. Tapi ok lah, dapat jugak tido dan layan movie

MADRID - 2D1N

Hari PertamaPuerta del Sol & Plaza Mayor | San Miguel MarketPalacio Real de Madrid & Basilica de San Miguel |  dan terjadi kisah trajis kami pada hari pertama di sini. Bertapa dekat hampir tiga jam di Balai Polis Madrid sebelum meneruskan pengembaraan ke Grand Via & El Retiro Park

Hari Kedua : bergerak ke Bandar Toledo, tapi kena singgah ke destinasi lain yang wajib setelkan dulu sebelum bergerak keluar daripada bandar Madrid.


Walaupun dah ada google maps di hp, map yang dapat free daripada apartment pun masih bawak bersama

Hello from Madrid!


TOLEDO - 2D1N

Hari Pertama : Persinggahan pertama Mirador del ValleMonastery of San Juan de los Reyes | Town Trail Toledo di malam hari

Hari Kedua : Perjalanan menuju ke Bandar Cordoba, dan singgah ke bandar Consuegra

Sebelum meninggalkan apartment di Toledo, kita posing2 dulu dekat courtyard


Menjadi jurugambar percuma adalah biasa bagi ahli jemaah

Gigih ke idok pergi panjat batu dekat situ untuk gambar kenangan sebelum bergerak ke Cordoba

Dekat saja Madrid ke Toledo ni. Selalu orang buat day trip daripada Madrid. Naik train lagi cepat sampai.

Memang wajib singgah kalau sapa-sapa naik kereta daripada Toledo ke Cordoba. Dekat saja, tak sampai sejam pun and memang dalam laluan.

Bukan di bumi Belanda, tapi di bumi Sepanyol

CORDOBA - 2D1N

Hari Pertama : Kisah tragis kedua kami sebaik saja tiba di sini, lepas setel isu baru kami keluar menikmati suasana sekitar kawasan Old Town Cordoba | Menyusuri Roman Bridge of Cordoba di waktu senja dan menikmati suasana malam dibandar Cordoba

Hari Kedua : The Grand Mosque of Cordoba | Madinat Al - Zahra dan meneruskan perjalanan ke Osuna


Cerita dia, ada sekumpulan makcik dan pakcik ni depa dok ambik gambar masing-masing, tapi kami tak puas hati sebab depa posing sambil pegang payung or letak tepi payung. Salah sorg ahli jemaah apa lagi, pergi cakap nak tlg ambikkan gambar, dengan sorg lagi berdiri tepi tlg pegang payung. Hujan tak lebat mana pun, takat nak ambik gambar tu tak la basah pun. 

Inilah dia pengorbanan kami. Sebenarnya kami tunggu lama juga nak tunggu depa ni beredar, asyik tak jadi ja gambar depa ambik, ulang alik tak habis2..lepas tu ditambah plak dengan lokasi payung yang bersepah tu kan...huhu..kita tolong menolong lah jadinya.

Perjalanan ke Cordoba


ZAFAYONA - 1D1N
Tempat ni sebenarnya memang tempat persinggahan sahaja. Singgah sini daripada perjalanan dari Osuna pekan koboi tepi jalan sebelum sampai Granada.


Kisah kecewa di Osuna, tak jadi nak masuk tempat GOT ni. Huhuhuhu..punya la gigih plan. Tapi kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya =)

Daripada Osuna ke Zafayona

Zafayona ke Granada


GRANADA - 3D2N 

Hari Pertama : Melihat daripada kejauhan kota Alhambra daripada Ermita de San Miguel Alto (walaupun sebenarnya kami salah tempat, tapi still cantik view daripada situ) | The Albaicin |

Hari Kedua : Menuju ke Kota Alhambra | Nasrid Palaces | The Ladies Tower | Generalife | Alcazaba de Benedin | Charles V Palace | kemudian kami turun daripada Alhambra untuk jalan-jalan sekitar kota Granada

Hari Ketiga : Perjalanan menuju ke Ronda


Up satu pose di Generalife

Kalau banyak masa boleh je nak singgah ke Malaga or Marbella sebelum ke Ronda.

RONDA - 2D1N 

Hari Pertama : Sepanjang perjalanan daripada Granada ke Ronda | Puente Nouvo
*selain kawasan yang kami sempat terjah dekat Ronda ni boleh juga kalau ada masa untuk masuk ke Bullring of the Royal Cavalry of Ronda | Minaret of San Sabastian yang dahulunya sebuah masjid | 


Satu gambaq buat kenangan dimasa hadapan


Yup KPI membantu org ambik gambar masih diteruskan di Ronda

Hari Kedua : Bertolak ke Seville, bandar terakhir kami di Andalusia


Kalau korang banyak masa, sila singgah di Zahara de la Sierra 


SEVILLE - 3D2N 
Hari Pertama : Selepas setel hantar kereta terus kita berjalan ke Metropol Parasol | Plaza de Espana |



Kenangan di Metropol Parasol


Hari Kedua : Alcazar of Seville | Torre Seville | sebenarnya banyak lagi tempat menarik boleh explore tapi disebabkan hari ini hujan sejuk dan suram itu dua tempat tu saja kami terjah. 
*Kalau ada masa boleh la ke Bullring juga dekat sini Plaza de toros de Seville | singgah market Mercado Lonja del Barranco | atau masuk dalam Catederal  de Seville

Hari Ketiga : Meneruskan perjalanan dengan menaiki bus memasuki Portugal


Seville ke Faro naik bus


FARO 
Less than 4 hours. Hanya sekadar berteduh di Train Station sementara tunggu keretapi sampai untuk ke Lisbon

*Kalau banyak masa, boleh gerak ke Old Town Faro. Agak cantik juga and ada satu gereja tu binaan bawah dia dinding terowong penuh dengan tengkorak. So boleh la nak pergi terjah ke sana.


Faro to Lisbon by train


LISBON - 3D3N
Hari Pertama : Dimulakan dengan menuju ke Santa Justa Lift | then turun bawah kita lihat apa ada dekat kawasan  Rossio | mendaki ke Castilo de Sao Jorge | menuruni bukit ke Alfama District | Selepas lunch kita ke Baixa  dan Belem | Sungai Tagus diwaktu senja

Hari Kedua : Seharian di Sintra | misi pertama ke Pena Palace | menaiki bus ke Cabo da Roca | lokasi terakhir ke Quinta da Regaleira | Kalau korang banyak masa (pergi time Summer) bnyk lagi tempat boleh explore dekat Sintra ni.


Dekat saja Lisbon ke Sintra ni. 


Aksi terlampau di tepi tebing Cabo da Roca

Agak mencabar untuk ambik gambar dengan tenang dekat Quinta da Regaleira ni

Hari Ketiga : awal pagi dah bertolak ke Porto

Lisbon to Porto


PORTO - 3D2N
Hari Pertama : Sampai sini dah masuk waktu lunch, so kita pergi cari lunch dulu kasi perut kenyang | Kemudian kita explore mercu tanda Porto, Dom Luis I Bridge | dah dekat nak magrib kita explore Livraria Lelo |

Tengah tunggu orang apartment bukak pintu

Lepas setel simpan barang, kita makan dulu

Ini memang sedap!

Wajib ambik gambar dekat sini buat kenangan

Bila ada Mr Photograhper Upahan makanya banyaklah gambar kami berempat secara sepontan ni

Teruja dengan tram dekat Porto yang cantik


Hari Kedua : Mulakan pagi dengan menjelajah Liberty Square | kemudian ke Sao Bento Railway Station | bergerak menuju ke dua buah Gereja yang berjiran dengan binaan dinding luar yang wajib ambik gambar | Lepas lunch kita ikut saja kaki melangkah jalan-jalan sekitar Porto

Jalan-jalan ikut jejak langkah kaki sekitar Porto

Agak-agak sesat tu, tengok map jugak la


Hari Ketiga : Bertolak ke Coimbra. Rugi pulak masa singkat dekat Porto ni. Bandar ni memang best! Rasa macam tak puas duduk dua malam dekat sini.

Turun ke bawah semula untuk ke Coimbra


COIMBRA - less than 24hrs  
Sejujurnya town ni masuk dalam list kami sebab ada perkhidmatan keretapi malam daripada town ni ke Madrid. Lepas baca sikit info, ok macam menarik juga la Coimbra ni. So kami sempat la jalan-jalan bandar Coimbra | lepas tu dapatlah jejakkan kaki ke University of Coimbra.

Night train balik semula ke Madrid


MADRID - 2D1N
Hari Pertama : Lepas letak beg, kita teruskan aktiviti shopping sampai malam, sampai kedai tutup

Hari Kedua : Bergerak ke airport dan transit dekat Amsterdam pun kami tak keluar daripada airport. Duduk dalam saja. Penat dan malas sebabnya cuaca sejuk.

Begitulah kisah pengembaraan kami dibumi AlAndalus pada bulan November 2018. Terima kasih pada yang sudi membaca dan moga dapat memberi sedikit info dan rujukan untuk anda semua.

Sekian, berjumpa lagi dalam kisah penjelajahan pada tahun 2019.

Insha Allah.

Bai.

Selasa, 11 Jun 2019

Mangsa Pickpocket di Bandar Madrid, Spain

Assaalamualaikum and Hola!

Sampai sudah masa untuk menceritakan kisah tragis duka lara hari pertama menjejakkan kaki di bumi Madrid. Walaupun owner rumah dah bagitau awal-awal pasal isu pickpocket dan mintak kami semua berhati-hati tapi benda dah nak jadi kan, dalam dok beringat tu.

Kisah dia, mmg tak sedar weh bila kena. Sebabnya semua orang tak perasan. Tapi tiba-tiba beg zip terbukak besar. Check dalam beg, gone baby gone!. Kalau duit ja gone tu boleh la jugak nak terima, tapi ni passport! passport pun lesap skali. Sudahla baru hari pertama, ada lagi 17 hari nak merantau ni. 

Lepas terkejut tu, kami semua duduk di tepi tempat yang luas dan tak ramai orang. Then kami decide untuk patah balik route tadi, mana tau depa yang ambik tu buang je passport just ambik duit je. But still tak jumpa. Lepak ambik nafas. Next kena cari police untuk buat report lah jawabnya.

Kawasan yang kami syak berlakunya kejadian malang ini. Gambar ini diambil sebelum kejadian. Sebab lepas kawasan kedai ni kami stop untuk lintas jalan, masa tunggu lampu hijau tu yang salah sorg perasan beg kawan dah terbukak luas

Tapi sebelum tu, kami dah pin tempat kejadian supaya senang nak bagitau police lokasi yang kami agak terjadi kejadian malang ni. Lepas tu kami jalan cari police yang dok berlegar-legar sekitar kawasan untuk tanya mana balai police yang bukak sebab hari Ahad. Orang yang ambik ni rasanya dia memang tak perlu kerja dalam tempoh yang agak lama, sebab mau dekat 600 euro dia dapat. Nak jadi cerita kawan mlm semalam dia dah keluarkan sampul untuk asing-asingkan duit macam selalu buat, tapi dia penat sangat (yelah dekat 24jam juga perjalanan dengan trasit bagai lagikan, tido tak cukup) dia tak buat. Apa lagi memang habis lah. Nasib la kami berempat kan, boleh la bukak tabung amal Madrid untuk bagi dekat dia. Tak dapat bayangkan jugak kalau travel solo mcm mana, memang kena ihsan orang dekat kedutaan la gamaknya.

Dalam masa yang sama, call bank dekat Malaysia untuk cancelkan credit and debit card. Nasib la proses agak mudah untuk cancelkan card tu. Sebelum sampai balai police dah berjaya. Agak jauh la jugak kena menapak untuk sampai ke balai police ni. Masuk je, haaaaa...ramai dah dok tunggu nak buat report. Ambik no giliran tunggu dekat satu ruang khas. Bab menunggu saja dekat dua jam!

Masa menunggu tu sempat la borak dengan beberapa mangsa yang semuanya pelancong. Ada daripada UK, USA, Jepun and sorng lagi tu German. Semua cerita depa pun sama ja, seruis semua tak sedar bila jadi. Tak perasan dan bila nak cari duit, gone! Memang cekap depa buat kerja.

Bila dah lama sangat, terus berkelah dekat balai police. Haaa pernah korg picnic dekat balai police? kami dah buat dekat Madrid. Been there done that giteew. Then keluar jalan-jalan sekitar balai police, terjumpa satu kedai runcit Asian. Terus beli beras dengan beberapa barang dapur.

Dah tiba angka giliran, kami masuk empat-empat dekat dalam. Then bila duduk, dia tanya English? bila jawab yes, then dia pun panggil sorang minah ni datang untuk jadi jurubahasa. So komunikasi adalah thru budak tu. Dia sebut perkataan Melayu pun elok ja, tak pelat...(bila baca alamat rumah, Johor Bahru serius macam lidah melayu). Sempat lagi puji dia. Macam cakap awal tadi, bila dia tanya lokasi kami terus tunjuk tempat yang dah pinned dekat phone.


Angka giliran, tapi dekat screen tak dok no yang naik. Kena tunggu abg police yang bertugas datang panggil. 

Sambil tunggu, sempat la buat catatan harian. Group dekat hujung tu sembang punya la kuat macam tengah buat reunion pun ada. Semua orang lah boleh dengar, tapi tak faham la sebab dalam bahasa depa

Setel bab police ni, kena pergi kedutaan pulak untuk buat passport baru. Sebabkan hari Ahad, esok saja kita terjah. Nasibla esok dah dapat kereta dan tak perlu nak berkejar-kejar train ke apa ke. Kami sambung balik aktiviti penjelajahan balik semula.

Nasihat saya, kalau terjadi benda-benda musibah macam ni, kita kena bertenang, redho then move on. Tak perlu nak sedih lama2 sangat (wpun susah nak let go kan, tapi jangan la jadikan benda ni untuk spoiled the whole trip) Kawan-kawan yang join pun, jangan marah. Benda dah jadi kita selesaikan je apa yang patut. Bab ni sangat bersyukur semua ahli jemaah tak de yang buat perangai pelik. 

So, next day kami call dulu kedutaan tanya lokasi dan nak make sure bukak jam berapa. Owh satu lagi penting, sila simpan no kedutaan siap-siap..gambar passport simpan dalam hp jugak ye. Mujur bab ni kami dah kira selamat sebab tiap kali trip mmg wajib dah buat.

Lokasi kedutaan dekat Madrid ni cerita dia memang kena ada kereta baru senang dan mudah sampai sebab lokasi di luar bandar dan dalam kawasan perumahan. Alhamdulillah kami sampai tanpa sesat2 pun. Mudah kerja bila ada google map ni. Setel parking kereta, jom kita masuk dalam.

Jom kita masuk dalam

Masuk je dalam, terus pergi dekat kaunter. Orang dekat sana dah tau la kedatangan kami sebab dah call dulu and dah cerita, so depa terus bagi borang-borang yang perlu diisi. Antara benda yang perlu diisi no passport terkini (yang hilang) dan no passport yang terdahulu. Nasib la kawan yang hilang ni dia bawak passport lama dia. Dekat situ dah ada dua no passport lama dia kan. Setel je isu no passport wpun kami isi untuk tiga tahun saja.

Banyak juga la benda nak kena isi

Setel isi, kena pergi ambik gambar pulak dekat luar. Paling dekat ke Tesco. Depa akan bgtau la lokasi. Kebetulan masa kami nak bersiap-siap ke tesco, terjumpa couple daripada Penang baru masuk. Rupanya depa baru balik daripada pergi ambik gambar. So depa bgtau kami jugak dekat mana lokasi mesin ambik gambar tu.

Kisah depa pulak, satu beg kena curi masa tengah lunch dekat Barcelona. Seruis tak perasan, and yang depa ingat ada mamat ni datang nak tanya lokasi tempat. Lepas mamat tu blah, baru depa sedar beg satu dah lesap. Depa kena Sabtu, tapi tak turun ke Madrid on that day jugak sebab plan depa Ahad baru ke Madrid. Kira ok la jugak tak ganggu plan asal. Kalau depa mmg tak plan nak turun Madrid haaa itu cerita lain. 

Ok back to our story, lepas sampai Tesco ambik gambar, sempat lagi masuk supermarket beli barang. Pergi masuk bodyshop sebab ada perkataan SALE. Hahaha, nampak tak betapa kami enjoy the moment. Tak rasa cuak lah kiranya. Kikiki.

Inilah mesin tempat untuk ambik gambar

Gambar untuk kenangan

Bila balik semula ke kedutaan, ada pegawai atasan dia dalam pejabat. Sempat la dia temu bual kami tanya kisah kami. Sembang-sembang siaplah jugak passport kecemasan. Then sebelum balik boleh pulak kami request nak ambik gambar. Terus dia ajak masuk bilik tetamu untuk bergambar. Sempat jugak dia buat tour dekat kedutaan ni. Dia gelak je tengok gelagat kami yang ceria dan dia cakap korang ni macam tak ada masalah betul. Hahaha.

Gambar kenangan bersama En Faizul, nampak tak muka mangsa yang paling seronok 
sekali macam tak de masalah dunia

Happy urusan sudah selesai mari kita teruskan misi di Toledo

Masa nak boarding flight ke Amsterdam dengan nak balik ke Kuala Lumpur banyak la jugak soalan yang kawan kena jawab bila petugas airport tengok lain macam passport ko ni. Sampai KLIA, terus kena buat report lagi dekat balai police dalam KLIA.

Dekat dua bulan juga la baru setel duit pampasan insurance. Yang penting, duit urusan nak buat passport tu kena simpan la. Macam contoh kalau naik Uber ke simpan la resit tu, resit ambik gambar, resit bayaran dekat kedutaan semua boleh dapat balik dengan pampasan kehilangan beg. Janji ada laporan police dekat negara kejadian dengan negara sendiri.

Begitulah pengalaman kami di hari pertama penjelajahan di bumi Al-Andalus tahun lepas. Pengalaman yang mendewasakan.

Habis.

Jumaat, 31 Mei 2019

Al - Andalus : MAD - AMS - KUL

20 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Hari terakhir dibumi Sepanyol. Kami plan ambik Mytaxi saja untuk ke airport, sebab malas nak angkut dah beg yang terberanak satu dengan berat satu-satu macam apa je. Harga taxi ke airport E30 bahagi empat orang kira oklah berbaloi.

Cuaca mendung pagi ini di Madrid. Bye Sepanyol. Moga kita berjumpa lagi nanti

Sampai airport terus nak pergi VAT counter. AMARAN! Kalau nak tuntut VAT kena bawak semua barang yang dibeli tersebut. Depa nak check satu-satu barang. Kalau tak ada barang tak boleh nak buat VAT ni.

Then kami terus checkin luggage. Yang bestnya jadi antara orang awal adalah, adik dekat kaunter tu dia bagi je kami check ini beg kedua yang beranak tu walaupun timbangan dah lebih daripada 23kg sorang. Yahoooo, tak perlu gigih bawak beg naik atas nanti. Setel hal luggage, terus masuk dalam untuk cari breakfast.

Flight ke Amsterdam on time dan tak de apa yang menarik pun nak cerita. Sama je lah flight masa datang hari tu. Tak berapa nak penuh sangat flight rasanya. Makanan dia nasi goreng sayur, sama je macam hari tu. Tak sedap sebab tak de rasa. Hehe.

Tengah beratur nak masuk dalam pesawat

Hujan

Bila dah naik ke atas dan beberapa minit kemudian, cuaca cerah

Lepas tu mendung balik bila sampai negara Belanda

i see more blue

Sampai Amsterdam Airport, kami ada lima jam nak lepak untuk tunggu next flight. Konon nak keluar pergi ke viewing deck dekat luar, tapi tengok suhu single digit ni, tak pe lah duduk dalam jalan-jalan dekat dalam sudah.

Tak bosan pun airport sini sebab besar dan banyak benda boleh buat. Dah la tengah nak minggu black friday kan, banyak la kedai dah start sale. Mujur duit dah habis banyak dekat Madrid, so tahan diri jangan terjebak dekat sini pulak. Ada beberapa kedai yang kami masuk, pekerja dia boleh berbahasa Indonesia. Seronok pulak dapat sembang dengan orang asing guna bahasa ibunda ni.

Geram betul beruang sekor ni

Antara kedai yang teringat nak ambik gambar

OK dia sudah bersedia untuk membawa kami pulang ke tanah air