Rabu, 31 Disember 2014

Hello Ceylon : Amazing Sri Lanka, Summary

Assalamualaikum dan Hello.

Alhamdulillah habis sudah cerita pengembaraan kami selama 8 hari di bumi Sri Lanka. Secara keseluruhannya Sri Lanka sebuah negara yang sangat cantik dan menarik untuk dijelajahi walaupun anda bukan peminat Geoffrey Bawa. Banyak tempat sejarah dapat dilawati terutamanya candi-candi lama yang masih wujud dan kukuh.

Pernah berada dibawah tiga kuasa utama penjajah iaitu Portugis, Belanda dan British. Mendapat kemerdakaan pada tahun 1948 daripada pihak British. Namun perang saudara yang berlaku diantara kaum utama iaitu Sinhalese dan Tamils pada tahun 1983 selama 25 tahun menyebabkan negara ini sedikit kebelakang dari segi pembangunan.

Kini keadaan sudah sedikit stabil, cuma dibahagian utara sahaja masih agak tegang dan juga sedikit perselisihan faham antara masyarakat Muslim disini. Semasa kami berhenti solat di masjid selepas pulang daripada Kandalama tempoh hari, Mr.I telah dipanggil oleh Imam masjid. Mereka berbual-bual seperti biasa macam bertanya khabar daripada mana? datang bersama siapa? dan berapa hari, haa macam itulah lebih kurang. Kemudian Imam begitu tegas memberi nasihat untuk menjaga kami (all the girls) kerana pada dia Muslim disini sedang terancam. Mungkin tidak sehebat apa yang berlaku di Kashmir atau di Myanmar, tapi beliau bersungguh-sungguh berpesan kepada kami. Lagi dia bertambah risau bila tahu driver kami bukan beragama Islam.

We are not in their shoes. Mungkin kita tidak dapat merasai apa yang sedang mereka hadapi. Tapi sepanjang pergaulan kami dengan Ruwan, dia ok sahaja. Walaupun bertekak sikit pasal hal keretapi, dan berbeza pendapat semasa kami berbincang pasal isu agama, dia masih berkelakuan baik dengan kami. Tidak pernah marah pun. Tapi kami memang berhati-hati juga bila berada ditempat ramai orang terutamanya di Colombo.

Semasa kami dalam perjalanan ke Brief Garden, kami juga melalui kawasan perkampungan Islam dan disetiap penjuru jalan terdapat askar yang sedang mengawasi. Bila di tanya kepada Ruwan, dia cakap ada sedikit pertikaian berkaitan isu kuil Buddha dikawasan tersebut. Semoga kerajaan Sri Lanka dapat mengawal keadaan dengan baik dan tidak berlaku sebarang pertumpahan darah antara rakyat negera mereka. Ameen.

Sebut pasal kerajaan Sri Lanka ini, teringat papan-papan tanda di seluruh pelosok Sri Lanka yang kami lalui penuh dengan gambar President mereka, Mahinda Rajapaksa. Yang menarik perhatian kami ialah gaya dalam gambar yang dipamerkan. Ada gambar dia tengah lalu dekat sawah, gambar dia naik tangga untuk masuk ke kuil, gambar dia bersalam dengan rakyat dan macam-macam gaya lah. 

Mungkin kami akan kembali lagi ke sini untuk masa hadapan. Maklumlah banyak lagi misi jejakBawa yang belum dapat dilaksanakan. Terutamanya Lunuganga. Sekarang tengah mempengaruhi bekas pensyarah di UTM untuk membawa student mereka ke sini. Mana tahu boleh masuk dalam senarai peserta skali. Hiks.

Bebel panjang pulak, jadinya inilah rangkuman perjalanan kami dalam misi JejakBawa :

Persiapan ke Sri Lanka : The Plan | When In Sri Lanka

Day 1 : The Arrival 

Gambar dihari kedua di Kandy dan Kandalama

Day 3 : Kandy to Nanu Oya | Nuwara Eliya

Day 4 : New Zealand Farm | Tea Plantation | Nuwara Eliya to Ella

Walau tidak dapat masuk dalam kawasan farm, minum susu dekat kawasan luar pun sudah seronok. 

Macam biasalah kalau sudah ramai macam ini, semua gaya pun keluar. Ada pula orang nak melayan ambikkan gambar bertambah-tambah jadinya.

Mamat dalam gambar paling atas sebelah kanan itu sungguh mesra alam betul. Dia nak minta ambikkan gambar dia dengan kami. Layan!

Day 5 : Little Adam's Peak | Journey to the south 

Perjalanan menuju ke puncak Little Adam's Peak

Day 6 : Galle | Jetwing Lighthouse Hotel | Ahungala Heritance Hotel | Brief Garden | Bentota

Galle fort

Sekitar Jetwing Lighthouse dan Ahungala Heritance

Kisah duka di pintu masuk Lunuganga

Buat macam taman sendiri di Brief Garden


Tea time with Uncle Dooland

Gambar atas semasa ada Ruwan. Gambar bawah semasa ketiadaan Ruwan. Kalau dia ada mesti kena kutuk sampai hari last. Hiks

Day 7 : Club Villa | Colombo | Bawa's Office | Bawa's House

Bawa's Office and Bawa's House

Day 8 : Back to Reality

Terima kasih semua yang sudi membaca dengan pesanan sila lah melawat Sri Lanka, negara bersih,cantik dan menarik sesuai untuk #cheapskatesejati =).

Sedih dengar berita AA Indonesia, lagi bertambah resah gelisah bila membaca berita itu dipagi hari dalam perjalanan ke Changi Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan sudahlah awan tebal dan hujan, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Semoga tahun 2014 yang penuh duka lara untuk Malaysia menjadi satu iktibar dan sejarah yang mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa #Malaysia. Wsalam 2014.

Assalamualaikum 2015!

Location: Sri Lanka

12 comments:

Bibie Karim berkata...

Selamat tahun baru Dayah.

Terkejut gila masa dengar news AA tu. Menggeletar sekejap badan. Indeed penutup 2014 yang sangat xterjangka.

Semoga tahun ni menjanjikan yang lebih baik untuk kita. Semoga kita tabah & redha saat diberi ujian oleh Nya.

Have a bless 2015!!

hidayahrodhi berkata...

Bie,
Selamat tahun baru 2015! Yup berita sedih dihujung tahun 2014 =(

Semoga 2015 kembali menceriakan kita semua. Ameen

Cubie berkata...

Hello :)
Selamat tahun baru 2015

hidayahrodhi berkata...

Happy New Year 2015 Cubie!

Lady Dreamer berkata...

Selamat tahun baru Hidayah!!

Thanks atas segala information yang diberi. Hari tu saya banyak cedok dari blog ni gak untuk ke Sri Lanka even bukan misi yang sama:)

Totally agreed Sri Lanka memang best. Sekarang ni pun hati masih kuat lagi nak mengulang balik ke sana:)



hidayahrodhi berkata...

Lady Dreamer,

Happy New Year to you too!

Owh terima kasih sebab sudi membaca catatan di Sri Lanka. Gembira rasa bila ada info yang diberikan dapat membantu orang lain. TQ!

Betul2, rasa mcm nak pergi lagi Sri Lanka tapi nak rest dekat hotel tepi pantai je.hiks

Unknown berkata...

Assalamualaikum.

A very good read on your experience and tips.

Boleh share dengan saya mengenai preparation document yang diperlukan untuk buat group visa ke Sri Langka??

saya ada a few soalan untuk refer dengan cik..hope you can help..
can i have your e-mail??

here is my e-mail:
hasmah_ismail86@yahoo.com

Regards,
Hasmah

hidayahrodhi berkata...

Wsalam,
Hasmah sy dah reply dekat email awak ye 😊

AjlaA berkata...

Saya datang dari blog ladydreamer. hehehe. book mark dulu nnt br digest betul2. gambar terang jelas dan nyata. cantikkkk. thanks for the entry dayah1

hidayahrodhi berkata...

AjlaA,
Tq sudi membaca =)

Uncle Zuan berkata...

what a team you have. respect!

btw noted pasal islam di sri langka tu. useful info

hidayahrodhi berkata...

Uncle Zuan,
Perlu ada kawan-kawan yang sekepala utk travel bagi mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati peserta rombongan, hihi